Wednesday, October 28, 2009

selamat hari lahir sayang

Alhamdulillah, hari ni afi dah berumur 3 tahun. Anak kebanggan ibu dan ayah. 3tahun yang lepas, tepat jam 3.01 ptg, 5 syawal 1427hijrah, Kamarul hanafi telah selamat dilahirkan di damansara damai medical centre. Walaupun dalam keadaan yang sedikit huru hara diketika itu, namun tangisan bayi comel ibu memecah kesunyian dan kemurungan kakitangan di hospital itu. Alhamdulillah, selama 9bulan ibu mengandungkan afi, tiada kekusutan dan kerumitan yang melanda, cuma ada satu hari tu, ayah diajak oleh kawan2 untuk bermain bola dalam satu perlawanan bolasepak. Ayah berat hati untuk pergi, tapi ibu tiada halangan. Anak ibu dalam kandungan adalah yang sgt terbaik yang tidak pernah memualkan ibu, yang sentiasa terima apa jua yg ibu makan, apa jua yg ibu minum. Semasa ketiadaan ayah, ibu mengemas rumah. Ayah sudah berpesan jgn buat apa2 kerja semasa ketiadaan ayah, tapi ibu tak biasa duduk berpeluk tubuh tanpa berbuat apa2. Ibu mengangkat satu bakul besar penuh dgn assignments students ayah untuk ibu simpan di suatu sudut, teknik mengangkat ibu yang salah telah mengakibatkan ibu mengalami pendarahan sejam kemudian akibat daripada ‘kerajinan’ ibu tadi. Alhamdulillah, keadaan afi masih baik dan doctor menasihati ibu supaya sentiasa berehat.



Beban kerja pada masa itu juga kurang. Alhamdulillah ibu punyai majikan yg amat memahami keadaan dan situasi ibu. Ibu boleh dtg dan balik kerja mengikut keselesaan ibu asalkan tugas yg diberi dpt diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Sepanjang mengandungkan afi, ayah menjaga kita dengan baik sekali. Ibu berterima kasih sgt2 kepada ayah kerana tidak pernah marah untuk bangun pada jam 3 atau 4 pagi jika ibu tidak dpt lelapkan mata. Kasih ayah terhadap kita tidak dpt ibu persoalkan, segalanya amat sempurna di mata ibu.
Afi, 3tahun yang lepas selepas ibu bertarung nyawa melahirkan afi, ayah bersyukur dgn kelahiran afi, tiada apa lagi yang kami pinta dariNya, segala doa, segala permintaan hanyalah untuk afi. Ibu menyambut kelahiran afi dengan penuh tangis gembira, ayah menyambut kelahiran dengan bangga di dada. Jgn lah afi calarkan kegembiraan kita.



Afi, 3tahun yang lepas, selepas lebih 5jam ibu melahirkan afi, ibu langsung tidak menatap wajah afi. Kenapa? Ibu tiada jawapan untuk soalan itu. Arwah atok, nenek, wan setia menanti ibu. Arwah atok sgt bangga dgn kelahiran cucu sulung dlm keluarga, ibu nmpk riak2 wajah arwah atok, atok sgt2 bersyukur dgn kelahiran afi. Dan percaya lah sayang, walaupun atok dah takde bersama kita, atok masih sygkan kita, syangkan afi. Nenek dan wan tidak habis bercerita pasal wajah afi, susuk tubuh afi, rambut afi. Bak kata ayah, rambut afi mcm goku dlm siri dragon ball. Ye la.. sepanjang mengandungkan afi, ibu tidak pernah ketinggalan menonton siri itu di astro.



Sehinggalah hampir jam 9malam, daddy, mommy and hani yang baru berusia 3bulan itu dtg visit kita di hospital. Daddy bertanya pada ibu “putih anak adik, macam cina” ibu bertanya dlm hati “yeke?” daddy menyambung “dah tgk ke belum sbrnye” ibu kata belum. Wan dah suruh ibu pegi tgk afi, tapi mungkin kepenatan yg amat sgt menghalang ibu berjln ke nursery afi walaupun pada hari itu, hospital itu kita yang punye. Dengan perlahan ibu turun dari katil dibantu daddy dan wan. Ibu ke nursery untuk tgk afi. Huhh.. anak ibu. Ibu so speechless, ayah, arwah atok dan ayah cu takhenti2 mengagah afi. Masa tu, bertemankan nokia daun itu la ibu ambik gmbr afi untuk disimpan didalam phone ibu. Dan juga bertalu2 ucapan tahniah dari keluarga dan sahabat handai.



Apalagi yang boleh ibu coretkan? Sepanjang mebesarkan afi, wan sentiasa kata yang afi adalah cucu yang paling menggeramkan. Wan kata afi bijak respons pada bunyi, wan kata afi itu wan kata afi ini... arwah atok dgn nenek pun tak henti2 memuji afi, masa tu segalanye afi.



Sejak ibu melahirkan afi, makanya sepenuh masa ibu menjaga afi. Ibu telah berhenti kerja walaupun majikan ibu masih menawarkan gaji yang baik untuk ibu. Malangnya, kita terpaksa berpindah ke kota singa sekiranye ibu masih terus ingin bekerja. Ibu dan ayah membuat kata putus, ibu akan jaga afi. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.. setiap keletah dan kerenah afi dah sebati dgn mata, telinga dan jiwa ibu. Afi bersahaja mampu memukau setiap mata dan telinga. Afi sgt kelakar, obviously afi mewarisi sifat itu daripada ibu. Afi sentiasa membuat arwah atok, nenek, wan, atok dan seluruh keluarga ketawa. Mmg sifat lawak afi tiada tandingan. Afi langsung tidak merangkak, afi mula berjalan pada umur 9bulan. Mula tumbuh gigi pada umur 9bulan. Dan afi mula berckp perkataan2 yang pendek dan ringkas adalah seawal umur 1tahun 3bulan. Kami semua bangga dgn afi.



1tahun 2bulan umur afi, ibu mendapat tawaran kerja. Ibu terpaksa menghantar afi ke taska. Setiap pagi, ibu menangis sebab terpaksa tinggalkan afi di taska.. dlm masa 2bulan ibu dah ok. Afi pun ok dan cikgu2 di taska sgt2 sayang pada afi. Dan pujian yang paling menyenangkan hati ibu adalah “allamdulillah, senang nak jaga hanafi ni kak.. kita senang fhm dia, dia pun senang fhm kita” ibu menyambut pujian itu dgn penuh rasa syukur memandangkan afi dah mula pandai berckp semasa ibu mula menghantar afi ke taska.



Afi, afi makin membesar. Segala apa yg afi buat mmg sgt menceriakan ibu dan ayah. Dan kadangkala afi sgt memeningkan kepala. Walaupun afi satu2nya kesayangan dan kebanggaan ibu dan ayah dalam keluarga ni buat masa ni, afi juga tidak sunyi dari bebelan ibu dan amarah ayah, tidak sunyi dari cubitan ibu dan tengkingan ayah. Maafkan ibu dan ayah kalo afi rasa afi tidak dimanjakan, jika afi berfikir begitu ternyata afi silap. Kami manjakan afi, tapi segalanye ada batasan. Kita bukan dilahirkan dalam keluarga yang mewah, namun kita tak pernah susah. Kita juga tidak dilahirkan dalam keluarga yang susah, tapi kita bukan terlalu mewah. Yang penting kita bahagia. Bahagia dgn apa yang kita ada. Bahagia dgn apa yang Dia dah janjikan dan tetapkan untuk kita.

Afi, tetaplah menjadi rumput dibumi walaupun dirimu setinggi dan secantik bintang dilangit.

Lately ni afi dah mula pandai mintak adik. Kata afi “ibu, abg nak adik. Ibu pilih adik lelaki ye. Abg nak adik lelaki.” insyaAllah afi, kalo ada rezeki, ada la tu nnt.
Hanafi, sempena menyambut hari kelahiran afi yang ke 3tahun ni, ibu berdoa kita sekeluarga akan terus bahagia. Kita akan harungi segala susah dan senang bersama. Ibu berdoa kita dpt menjadikan hidup kita lebih baik dari hari ini. Afi, jadilah seorg anak yg soleh, jadilah seorang anak yang taat. Sesungguhnya ibu dan ayah amat menyayangimu dan sentiasa pastikan afi mendapat yang terbaik dari ibu dan ayah. Selamat hari lahir, sayang.

2 comments:

sWeEtdARLinG said...

nampak beza muka afi dulu bulat

Janna said...

Afi nak adik.. apa lagi Na.. :) acik pun nak adik Afi..