Saturday, October 31, 2009

Sticky :: Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

salam.. hari ni sempat jenguk blog babyibu kejap and ada satu contest anjuran smileykidz photography. thanks to smileykidz sbb anjurkan contest ni. actually i just want afi to take part in this contest sempena dengan birthday afi hari ni. kalo murah rezeki afi, dpt la afi hadiah tu as a bday present. kalo takde rezeki takpe..

dan kawan2 bloggers yang lain, kalo berminat untuk take part silalah ke smileykidz photography, and pastikan senyuman anak2 anda yg ceria dpt dilihat oleh semua. selain dari tu, dpt mengeratkan silaturrahim antara kita.

syarat2 penyertaan adalah seperti di bawah:-
So apa tunggu lagi???

Sertai online contest ini sekarang. :)

**Online contest ini di buka dari tarikh:
*15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.
*Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

**Cara2 penyertaan?
*Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
*Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
*Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
*Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
*Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
*Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
AMARAN: no link back will be disqualified
*Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.

**Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
**Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
*Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
*Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
*Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
*Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!

**Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
**Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
**Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
**SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
**SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
**Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

Jadi dah baca syarat2 penyertaan? ok.. as for me...
Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda : DONE
Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini : DONE
Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda : DONE
Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai : DONE
Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya : DONE
Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ : DONE
Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini : DONE

**Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
**Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
*Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
*Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
*Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
*Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!

ok.. ni serba sedikit gambar-gambar afi untuk contest ni.. afi, semoga berjaya!!!

Nama: Kamarul Hanafi Bin Kamarul Ariffin
Umur: 3tahun







kepada judges: sila lah pilih 1 gambar yg terbaik di mata anda. terima kasih kerana anjurkan contest ni..

salam.

Wednesday, October 28, 2009

selamat hari lahir sayang

Alhamdulillah, hari ni afi dah berumur 3 tahun. Anak kebanggan ibu dan ayah. 3tahun yang lepas, tepat jam 3.01 ptg, 5 syawal 1427hijrah, Kamarul hanafi telah selamat dilahirkan di damansara damai medical centre. Walaupun dalam keadaan yang sedikit huru hara diketika itu, namun tangisan bayi comel ibu memecah kesunyian dan kemurungan kakitangan di hospital itu. Alhamdulillah, selama 9bulan ibu mengandungkan afi, tiada kekusutan dan kerumitan yang melanda, cuma ada satu hari tu, ayah diajak oleh kawan2 untuk bermain bola dalam satu perlawanan bolasepak. Ayah berat hati untuk pergi, tapi ibu tiada halangan. Anak ibu dalam kandungan adalah yang sgt terbaik yang tidak pernah memualkan ibu, yang sentiasa terima apa jua yg ibu makan, apa jua yg ibu minum. Semasa ketiadaan ayah, ibu mengemas rumah. Ayah sudah berpesan jgn buat apa2 kerja semasa ketiadaan ayah, tapi ibu tak biasa duduk berpeluk tubuh tanpa berbuat apa2. Ibu mengangkat satu bakul besar penuh dgn assignments students ayah untuk ibu simpan di suatu sudut, teknik mengangkat ibu yang salah telah mengakibatkan ibu mengalami pendarahan sejam kemudian akibat daripada ‘kerajinan’ ibu tadi. Alhamdulillah, keadaan afi masih baik dan doctor menasihati ibu supaya sentiasa berehat.



Beban kerja pada masa itu juga kurang. Alhamdulillah ibu punyai majikan yg amat memahami keadaan dan situasi ibu. Ibu boleh dtg dan balik kerja mengikut keselesaan ibu asalkan tugas yg diberi dpt diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Sepanjang mengandungkan afi, ayah menjaga kita dengan baik sekali. Ibu berterima kasih sgt2 kepada ayah kerana tidak pernah marah untuk bangun pada jam 3 atau 4 pagi jika ibu tidak dpt lelapkan mata. Kasih ayah terhadap kita tidak dpt ibu persoalkan, segalanya amat sempurna di mata ibu.
Afi, 3tahun yang lepas selepas ibu bertarung nyawa melahirkan afi, ayah bersyukur dgn kelahiran afi, tiada apa lagi yang kami pinta dariNya, segala doa, segala permintaan hanyalah untuk afi. Ibu menyambut kelahiran afi dengan penuh tangis gembira, ayah menyambut kelahiran dengan bangga di dada. Jgn lah afi calarkan kegembiraan kita.



Afi, 3tahun yang lepas, selepas lebih 5jam ibu melahirkan afi, ibu langsung tidak menatap wajah afi. Kenapa? Ibu tiada jawapan untuk soalan itu. Arwah atok, nenek, wan setia menanti ibu. Arwah atok sgt bangga dgn kelahiran cucu sulung dlm keluarga, ibu nmpk riak2 wajah arwah atok, atok sgt2 bersyukur dgn kelahiran afi. Dan percaya lah sayang, walaupun atok dah takde bersama kita, atok masih sygkan kita, syangkan afi. Nenek dan wan tidak habis bercerita pasal wajah afi, susuk tubuh afi, rambut afi. Bak kata ayah, rambut afi mcm goku dlm siri dragon ball. Ye la.. sepanjang mengandungkan afi, ibu tidak pernah ketinggalan menonton siri itu di astro.



Sehinggalah hampir jam 9malam, daddy, mommy and hani yang baru berusia 3bulan itu dtg visit kita di hospital. Daddy bertanya pada ibu “putih anak adik, macam cina” ibu bertanya dlm hati “yeke?” daddy menyambung “dah tgk ke belum sbrnye” ibu kata belum. Wan dah suruh ibu pegi tgk afi, tapi mungkin kepenatan yg amat sgt menghalang ibu berjln ke nursery afi walaupun pada hari itu, hospital itu kita yang punye. Dengan perlahan ibu turun dari katil dibantu daddy dan wan. Ibu ke nursery untuk tgk afi. Huhh.. anak ibu. Ibu so speechless, ayah, arwah atok dan ayah cu takhenti2 mengagah afi. Masa tu, bertemankan nokia daun itu la ibu ambik gmbr afi untuk disimpan didalam phone ibu. Dan juga bertalu2 ucapan tahniah dari keluarga dan sahabat handai.



Apalagi yang boleh ibu coretkan? Sepanjang mebesarkan afi, wan sentiasa kata yang afi adalah cucu yang paling menggeramkan. Wan kata afi bijak respons pada bunyi, wan kata afi itu wan kata afi ini... arwah atok dgn nenek pun tak henti2 memuji afi, masa tu segalanye afi.



Sejak ibu melahirkan afi, makanya sepenuh masa ibu menjaga afi. Ibu telah berhenti kerja walaupun majikan ibu masih menawarkan gaji yang baik untuk ibu. Malangnya, kita terpaksa berpindah ke kota singa sekiranye ibu masih terus ingin bekerja. Ibu dan ayah membuat kata putus, ibu akan jaga afi. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.. setiap keletah dan kerenah afi dah sebati dgn mata, telinga dan jiwa ibu. Afi bersahaja mampu memukau setiap mata dan telinga. Afi sgt kelakar, obviously afi mewarisi sifat itu daripada ibu. Afi sentiasa membuat arwah atok, nenek, wan, atok dan seluruh keluarga ketawa. Mmg sifat lawak afi tiada tandingan. Afi langsung tidak merangkak, afi mula berjalan pada umur 9bulan. Mula tumbuh gigi pada umur 9bulan. Dan afi mula berckp perkataan2 yang pendek dan ringkas adalah seawal umur 1tahun 3bulan. Kami semua bangga dgn afi.



1tahun 2bulan umur afi, ibu mendapat tawaran kerja. Ibu terpaksa menghantar afi ke taska. Setiap pagi, ibu menangis sebab terpaksa tinggalkan afi di taska.. dlm masa 2bulan ibu dah ok. Afi pun ok dan cikgu2 di taska sgt2 sayang pada afi. Dan pujian yang paling menyenangkan hati ibu adalah “allamdulillah, senang nak jaga hanafi ni kak.. kita senang fhm dia, dia pun senang fhm kita” ibu menyambut pujian itu dgn penuh rasa syukur memandangkan afi dah mula pandai berckp semasa ibu mula menghantar afi ke taska.



Afi, afi makin membesar. Segala apa yg afi buat mmg sgt menceriakan ibu dan ayah. Dan kadangkala afi sgt memeningkan kepala. Walaupun afi satu2nya kesayangan dan kebanggaan ibu dan ayah dalam keluarga ni buat masa ni, afi juga tidak sunyi dari bebelan ibu dan amarah ayah, tidak sunyi dari cubitan ibu dan tengkingan ayah. Maafkan ibu dan ayah kalo afi rasa afi tidak dimanjakan, jika afi berfikir begitu ternyata afi silap. Kami manjakan afi, tapi segalanye ada batasan. Kita bukan dilahirkan dalam keluarga yang mewah, namun kita tak pernah susah. Kita juga tidak dilahirkan dalam keluarga yang susah, tapi kita bukan terlalu mewah. Yang penting kita bahagia. Bahagia dgn apa yang kita ada. Bahagia dgn apa yang Dia dah janjikan dan tetapkan untuk kita.

Afi, tetaplah menjadi rumput dibumi walaupun dirimu setinggi dan secantik bintang dilangit.

Lately ni afi dah mula pandai mintak adik. Kata afi “ibu, abg nak adik. Ibu pilih adik lelaki ye. Abg nak adik lelaki.” insyaAllah afi, kalo ada rezeki, ada la tu nnt.
Hanafi, sempena menyambut hari kelahiran afi yang ke 3tahun ni, ibu berdoa kita sekeluarga akan terus bahagia. Kita akan harungi segala susah dan senang bersama. Ibu berdoa kita dpt menjadikan hidup kita lebih baik dari hari ini. Afi, jadilah seorg anak yg soleh, jadilah seorang anak yang taat. Sesungguhnya ibu dan ayah amat menyayangimu dan sentiasa pastikan afi mendapat yang terbaik dari ibu dan ayah. Selamat hari lahir, sayang.

Tuesday, October 20, 2009

Saturday, October 17, 2009

sticky mode: si comel berbaju raya contest

salam all,

saya dengan penuh rasa berkobar2 ingin mewar2kan tentang contest ini. yang dinamakan si comel berbaju raya contest. 'terjerumus'untuk participate dalam contest ni sbb tgk contest ni comeyyyyy sgt. hehehehee... selain dari suka2, saya berharap kalo afi dpt menang contest ni. afi kalo setiap kali pakai baju melayu, dia akan ckp pakai baju raya. afi memula takmo pakai samping, sbb dia kata "macam orang pompuannnn je ibu"(dia ingat skirt la kot kan). gambar diambil pada pagi raya lepas afi and ayah balik dari solat hari raya. byk pose afi, tapi ini gambar yg saya pilih untuk contest ni. harap dapat memenangi hati juri.



nama: kamarul hanafi bin kamarul ariffin; umur: 2tahun 11bulan 1minggu.

terima kasih kepada BabyIbu kerana menganjurkan contest ini. taklupa juga kepada para penganjur yang terdiri drpd Gin & Jacqie, Sherry, eoe Online, leanalittleshop, TH, Mia and Niko


sekali lagi thanks!
salam.

Tuesday, October 6, 2009

iklan jap: sura hujung dungun homestay

salam all,

here, i want to advertise my bro house for homestay. anyone interested, just call him. his advertisement also can be found in MudahDotMy.

here, i attach a few pics of the house. can call him anytime.
permandangan dari luar
masterbed room
second bedroom

Monthly rent: -
Bedrooms: 4
Size: 2700 sq.ft.
Furnished: Fully furnished

Mencari penginapan di sekitar Bandar Dungun???

Kami menawarkan package rumah banglo kelengkapan penuh
a) 4 bilik tidur berhawa dingin, 3 bilik air berserta water heater, bantal dan
toto tambahan
b) Set ruang tamu, tv, astro
c) Dapur
- set meja makan
- peti sejuk
- microwave
- mesin basuh
- cerek elektrik
- rice cooker
d) Tempat parking kereta yang luas

Berdekatan dengan kemudahan infrastruktur dan pusat pengajian tinggi
a) Uitm Dungun
b) Politeknik Sultan Mizan
c) Sek Men Teknik Dungun
d) Sek Men Sains Dungun
e) Sek Men Imtiaz Dungun

Kadar sewa RM250.00++ bergantung kepada kapasiti penghuni
Hubungi saya di 0129402386.

Thursday, October 1, 2009

011009

salam all,

yeahh.. still in aidilfitri mode. dah lama gilest tak hapdet. secara ringkasnya, alhamdulillah, hidup berjalan lancar, tenang dan gumbira sekali. selain dpt menyambut aidilfitri, segala nikmat yang diberikan Tuhan mmg sgt2 dihargai.

afi bergaya raya

cerita raya? huhhhhh.. semua org pun nak cerita raya. takyah lahh..
cerita keje? errmmmm.. bz and bz and bz... as teacher cum editorial-in-cheif.. what do u expect? keje mmg byk. lesson plan, question papers, marking, desinging, designing, designing.. lain2 aktiviti yg berkaitan.

duduk sengeh tgk camera

cerita umah? kababomm.. kain baju sejak seminggu cuti beraya belum berlipat. sape nak tolong nasihat? heh heh hehh...
mr hubby: yang, baju adidas biru abg mana?
me: abg try cari dlm bakul baju tu..
mr hubby: makkk aiii.. yang, what is happening to u? so lazy nak lipat kain baju ke?
me: what do u expect when u see such thing? thinking that i am so rajin to do so meh?
mr hubby: but till when nak biarkan ni?
me: sampai ana ada mood nak lipat la.. for the time being.. cari dlm bakul dulu ek.
mr hubby: basuh baju kemain rajin, lipat nye kemain liat ek..
me: mesin yg basuh, bukan i.. i tekan je. kalo ada mesin lipat kain, i rajin la jugak.. rajin tekan je..
mr hubby: ye la tuh (sambil kisai2 baju cari baju sendiri) ekekekkekee..

cerita openhouses? ok la, byk invitation. friends, thanks for in invitation.
lain2 cerita? takde.. tunggu je la ek..