Thursday, February 12, 2009

takziah untuk keluarga sahabat yang pernah saya panggil "mamat"

salam all,

petikan dari harian metro arini...

Hadiah radio sebelum maut

KUALA TERENGGANU: “Arwah sempat menghadiahkan sebuah radio memudahkan saya mendengar bacaan al-Quran sebelum dia terbabit dalam kemalangan itu sehingga meragut nyawanya,” kata Semah Abd Rahman, 56, ibu kepada Ahmad Mawaridi 29, yang maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Mahmud, di sini, kelmarin.
Semah berkata, sejak dua minggu lalu arwah menunjukkan sikap mesra terhadap semua ahli keluarganya namun tidak menyangka hadiah itu tanda kenangan terakhir darinya.
“Sehari sebelum kejadian saya ada mengusiknya dengan meminta membelikan radio baru bagi memudahkan saya mendengar bacaan al-Quran, namun tidak lama selepas itu arwah benar-benar membawa pulang radio baru dan menghadiahkan kepada saya.
“Kini, selepas arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga, radio itu kini menjadi kenangan dan tempat melepaskan rindu kami kepadanya,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Kapas, dekat sini, semalam.
Menurut Semah, arwah anak yang baik dan tidak pernah meninggikan suara kepadanya dan adik-beradiknya.
“Arwah anak bertanggungjawab terhadap ibu bapa dan keluarganya dan kehilangannya memberikan kesan besar terhadap kami,.
“Ibu mana tidak sedih anak kesayangan meninggal dalam nahas, namun saya reda,” katanya.
Bapanya, Zaki Hassan, 55, berkata kemesraan anak sulungnya dirasai beberapa hari sebelum kejadian.
“Arwah banyak bercakap, bergurau dan mengambil berat mengenai ahli keluarganya, namun tidak sangka itu petanda arwah akan meninggalkan kami.
“Tiada kata dapat diucapkan selepas diberitahu rakan arwah mengenai kemalangan itu menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian, “katanya.
..............
al-fatihah. secara peribadi, i am not that close with arwah mamat. same class masa form 4 and form 5 @ smss dulu. masa2 tu, zaman form 4, form 5 tu... boys are boys right? nakal sgt. takbrapa suka la.. lain mcm. tapi arwah mamat mmg baik. soft spoken as i can remember. senyum dia mmg manis. heheheheh.. teringat lak kat dia. close friend with azahari... hehhehe.. my boipren masa skul dulu.
sekarang, sekelip mata, mamat dah meninggalkan dunia ni. sgt2 simpati dengan keadaan dia. harap keluarga mamat sabar dan redha dengan keadaan ni. insyaAllah. doakan arwah ditempatkan dgn orang-orang yg soleh. semoga isteri arwah tabah bersama anak kecilnya. amin...

3 comments:

Jasfyra said...

takziah kepada keluarga arwah.semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman..al-fatihah

Cik Zura said...

ko tau dak ana..dulu masa aku form three dulu aku admire giler kat die nin.. sebab mmg die baik nye oang.. biarlah fesyen seluar sekolah dia masa tuh besar giler kat kaki..!!!

Al Fatihah...

Terkejut gak aku bler hafizi bgtau aku semalam.. huhuhuhu

sWeEtdARLinG said...

aiseeeh... sian bini & anak dia kan