Thursday, February 19, 2009

again about smss, or known as smkss

salam all,

this article taken from berita harian again.
i am so proud about my school. tetiba buat entry pasal my school, ada lak lagi hal sekolah masuk paper. isskkkk glamer betul ku rasakan hidup ku di sekolah yang dinding nye dulu kata tertulis SMSS BOLEH.
k, enjoy especially to all smss or smkss...

KUALA TERENGGANU: Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) Kuala Terengganu kini boleh mendaftar sebagai ahli Persatuan Bekas Pelajar SMKSS (Alumni SS).
Timbalan Presiden Penaja Alumni SS, Manan Ngah, berkata jawatankuasa penaja Alumni SS yang diketuai Presidennya, Datuk Manja Ismail yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd yakin alumni itu akan mendapat sokongan menggalakkan daripada semua bekas pelajar SS tanpa mengira tahun mereka menamatkan pengajian.
Katanya, Alumni SS dapat memperkukuhkan jaringan menerusi aktiviti yang boleh dirancang, selain menonjolkan peranan SS sebagai satu daripada sekolah tertua di Terengganu yang banyak melahirkan tokoh dan individu cemerlang.
Katanya, Alumni SS merancang mengadakan sekurang-kurangnya tiga aktiviti setahun membabitkan jamuan tahunan, mesyuarat agung tahunan dan sambutan hari keluarga.
"Sejak ditubuhkan pada 1921, SS banyak melahirkan tokoh dan individu cemerlang yang mewarnai landskap kehidupan dalam pelbagai lapangan, termasuk budayawan, tokoh korporat, golongan profesional, ahli sukan serta beberapa ahli politik tanah air," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Untuk maklumat lanjut bekas pelajar SS boleh menghubungi ahli jawatankuasa penaja, Asyikin Abu Samah di talian 013-3538787 atau e-mel asikin@tm.net.my; Ahmad Fathil Abdul Ghani, 019-9892692 atau fathilghani@yahoo.com dan Dr Mazman Sulaiman, 019-3344777 atau e-mel di mazmans@yahoo.com.

so, kawan2 smss, lets register. kita kasi batch kita batch paling havoc register kat alumni ss... jom pakat gi ramai2... heh heh hehhh

salam

4 comments:

sWeEtdARLinG said...

aku tak cemerlang.. leh join gak ker.... malu...:(

Fara said...

betul kata maya...aku pun tak cemerlang..pengganggur yg berjaya ade la..kene register gak ker...?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mimi said...

uikkk..bila baca blog ko yg pasal article berita harian alumni SS nie baru aku perasan nama abang aku pun ade skali..siap dgn no talipon lagi..tak pernah tahu pun dia terlibat dgn alumni alumni cam nie..kuang kuang kuanggg ;p

-mimi-